25 June 2016

Memberi Inspirasi

Masa awal-awal aku cipta blog ni,  memanglah untuk suka suka.  Walaupun ada tika tu terdetik gak nak jana income macam yg orang duk canang dulu,  tapi yelah,  bukan rejeki hakok dikkk.  Takde lah menjana income.  Dah ada orang nak baca pun dah macam wow wow sangat tau! 

Tapi tulah,  buatnya satu masa nanti aku nak screening blog ni,  tinggalkan entry bermanfaat,  aku yakin cuma ada 2-3 entry je.

Punyalah entry lain macam
.
.
................sampah.

Tapi aku terkesan, bila mana tulisan aku memberi impak. 
Memberi ilmu. 
Membantu.
Serius terkesan.
Macam tak percaya,  yang tulisan aku ada nilai.

Untuk itu,  mulai bulan yang mulia ini.....  Aku berjanji,  untuk memulakan semula zaman kegemilangan entry bermanfaat. 
Bukan nak sangat kejar trafik kak,  takkk.
Tapi sebab aku pun mahu menjadi asbab untuk orang lain melakukan kebaikan,  untuk orang lain mendapat manfaat juga. 
Aku suka tengok kawan-kawan aku juga mempunyai bakat menulis yang memberi inspirasi. Kerana dalam setiap tulisan,  kalau ia membawa kebaikan,  pasti ada sikit ganjaran dari Tuhan.  Tu dah pastilah. 

Kalau ia memang hiburan semata, itulah yang kau dapat.  Hiburan. Keseronokan.  Padahal kau boleh je nak ubah pandangan kau.  Kerana dalam Islam pun ada hiburan tau! 
Penatlah kumpul dosa deknon.  Tak tertanggung dah.

Adios amigos!  (⌒o⌒)

No comments: