27 June 2016

Kolej 17 UPM

Nampaknya banyak trafik dari sini. Maksudnya most people are searching on this place. Ok aku admit yang Kolej 17 tak banyak review sebab dia dikira antara kolej baru dalam UPM. Dari Kolej Pertama atau Kolej Muhamad Rasyid sampai yang last (yaitu Kolej 17).
Kalau ada dengar cerita kolej last tu 18, make sure cubit orang tu. Sebab dia tengah cakap pasal kubur cina sebelah Fakulti Bahasa tu :)

Tapi setakat ini, kecuali mengenai beberapa perkara yang tak dapat dielakkan, Kolej 17 yang paling convenient sekali. (marah cikgu BM kita. Dah paling pastu sekali pulak) Punyalah paling best. Sebab apa, Sebab ia kira besar, masih baru dan kalau korang kaki shopping paling dekat dengan IOI :3 Ahaha. Jalan kaki pun boleh deknon. 

Macam mana jalan ke Kolej 17?

Ok. Ni part agak sukar. Kalau waze atau guna Maps, janganlah korang Google UPM. Alamatnya sosat la ekau. Sebab bila kita tulis UPM dia akan bawa kita ke main campus. Yang agak jauh dari Kolej (sebab Kolej 17 ni agak isolated) 
So, korang guna keyword 'HOSPITAL SERDANG' 
Kolej adalah paling sebelah dengan hospital. Tapi bila hospital is on your right, jangan turn kat traffic light hospital. Terus lagi. U turn baru boleh masuk kolej. 
Kalau it's on your right, korang kena u turn 

kalau ini yang on your right takyah u turn 

Nampak bangunan dia macam ni
Pandangan atas kolej. Tapi of course korang tak datang naik helikopter kan? So just nak tunjuk court je 
Walaupun sebenarnya banyak lagi facilities yang takde contoh macam dewan tertutup yang kolej-kolej lain ada, kalau korang ada transport boleh je pergi dewan-dewan kolej lain. Free. 1 UPM kan ? ehe. Kat Kolej ni pun ada je open court contohnya futsal boleh buat main netball handball lagi, main takraw, main Volleyball, Basketball, Badminton (tapi open court), Tennis court dan sebuah padang ada track untuk runner jugak. Tapi bukan track macam kat padang tu lah. Asal ada ye dok? 
Ada ni jugak. K. Tapi bukan free. 

Masuk2 jangan pelik lak asal jumpa B dulu bukan A. Aku pun tak pasti apa gila dorang punya sequence abjad. 

Jemputlah datang ke surau. Walaupun kecil, besar pahalanya. 
Teruskanlah aktiviti rohani. Kalaulah korang memang dididik kat sekolah, kat rumah dengan selalu melakukan aktiviti kerohanian, please, jangan berhenti bila dah masuk U. Teruskan amalan. 
Ingat masuk U tu masuk syurga?! 

Kafe kolej. 

Entah meja sape aku curi gambar ni. Agak terabur :') Nak kata kalaulah korang bizi ha canilah nanti meja korang 

Cantik pulak budak ni kemas bilik. Ahahaha. 
***Sumber gambar semuanya dari Google image***
Begitulah sedikit sebanyak pasal Kolej 17. Students sini adalah terdiri daripada pelajar Sains Kesihatan, Perubatan dan Perubatan Veterinar. Fakulti semua dekat je dengan Kolej. Jangan risau. Kalau risau kena jalan kaki banyak, takut kurus pulak kenn, boleh pi kafe makan, singgah IOI jugeekk. Ngahahaha. 

Jika ingin mencari cinta,
Jangan dicari sekadar rupa,
Jika mahu menjaga rupa,
Jangan lupa mencuci muka.
Jika mahu mencuci muka.
Jangan kau bazirkan pula air paipnya.

Please, kadang2 kat sini kalau ada masalah air, aku marah betul dengan sape yang time tuuu jugaklah dia nak basuh baju, takde dah time lain. Aku simbah dengan kicap karang. 

Selamat menempuh alam Universiti. Adik-adik, tuntutlah ilmu, kerana orang yang paling berilmu dalam dunia ini, ilmunya kalau dihitung dengan seluas lautan hanyalah ibarat buih buih. Bayangkan kau malas belajar, berapa micron sangat ler ilmu kau nak. 

All the best :) 




No comments: