27 June 2016

FIRST GIVEAWAY RAMADHAN 2016 BY AYU BARBYDOL

Giveaway by Ayu Barbydoll
Salam 22 Ramadhan.
Harini aku join Giveaway lagi. Mana tau adalah #RejekiLangetRomadon kita.

Apa khabar puasa anda? Iman anda? (kalau nama awak Iman, ketahuilah bukan awak yang saya maksudkan. Ehe)
Menjengah hari-hari terakhir Ramadhan, mendekati pengakhirannya, adakah kita bersedia untuk meninggalkan ia. Yang mana tak pasti lagi untuk kita bertemu dengannya tahun depan??

Selingan : 

Tersebutlah kisah seorang anak muda. Kacak bergaya. Menjadi bualan gadis-gadis sunti di Kolej. Tidaklah jejaka ini sedikitpun terkesan. Katanya 'Kuatkanlah aku Ya Allah untuk menghadapi ujian godaan mereka' 
Maka Allah perkenankan permintaannya. Takde gadis pun yang berjaya mencuri hatinya. Semua tersungkur. Tiada. Nil. Punyalah si gadis bagi hadiah, bagi PM di Fesbuk. Nan hado yang memikat hatinya. 
Namun, apabila semester baru dibuka, datanglah seorang gadis Kristian, Heidi. Cantik. Takdelah terlalu seksi. Just nice orang kata. Lemah lembut. Yang penting bukanlah antara gadis-gadis yang cuba merebut hati anak muda itu. 
Nak dijadikan cerita, anak muda itu yang tertarik dengannya. Ironi? 
Apalagi, mengamuklah anak-anak gadis di Kolej. 'Rasakan kau, aku harap pompuan tu takan layan pun dia' 'Asal doh, lawa no ke pompuan tu' 'Ah sorang kuat ke mesjid sorang kuat ke gereja. Tak pi jauh punya. Takpe aku ada can lagi' 

Apa korang rasa? 

Pelbagai perkara yang dilakukan anak muda itu. Cuba mendekati Heidi di kelas. Di kafe. Di library. Di dewan apabila ada event kolej. Sehingga... dia berjaya mendapat nombor Heidi. Bila mana Heidi juga seorang debater seperti dia. 

+Hi. I'm Naufal. We are going to be partner in next tournament. Just send u this to let u know my number :)

+Ok.

What's next? Stay tune for my next entry.

No comments: