26 June 2016

Don't judge a book by its cover.

Though the cover always shows what it looks like, kan ?

Tapi sebagai manusia yang sentiasa ada prasangka, walau kau rasa kau cukup 'alim, cukup 'abid kau tetap bukan hakim !

Hakim yang sebenar-benarnya adalah Tuhan ! Dan kau, bukan !
*amboi kak semua nak jerit*

Aku sentiasa berperang dengan inner me aku. Aku cakap 'Jangan judge orang weh.' Ewah ewah, aku tetap akan memberi hukuman setimpal kat orang tu. Tak makan saman.

Tapi tu fitrah kita sebagai hamba... yang lemah gila. Lemah. Tetap nak rasa ada je salah orang yang kau nampak dengan mata kasar kau. Padahal nak hitung kesalahan kau, punyalah macam cukai kat Malaysia, tinggi kemain !
Kitalah kena berusaha nak kawal diri, kalau diri sendiri pun payah nak kawal apalagi nak kawal hidup berumahtangga nanti, eh.

Back to my main point, tentang kita manusia durajana yang sentiasa anggap diri lebih sempurna dari orang lain... 
Aku ada seorang kawan lama. Lama masa main kejar-kejar kat sogame. (kau rasa sogame ni apa haha. Suspen kan?) We were meant to be rivals. Sebab N (bukan nama sebenar) ni pun terer. Pandai jugak. Dan aku pun bolehlah. Bukanlah genius sampai No 1 peringkat antarabangsa, tapi kami ni kira otai la. 
So, mesti la background si N ni pun dari family yang baik-baik. Dan si N ni pun boleh tahan cun. Lagilah kitaorang rival ahahaha. Eh? 
Dan long story short, kami pun membesar dengan jayanya. Sampai aku ada kat Asasi dan dia ada kat Matrikulasi (aku dah kata dia pandai kan?)
But my pride having a pretty with brain friend terus berkecai. Aku tak tahu kenapa dia tetiba free hair. C'mon, kau cantik kot, tak payah buang tudung pun kau cantik. Tapi masa tu aku kecewa gila. Sebab aku kenal dia. Aku tak suka. Buatnya aku pi jalan-jalan dan aku terjumpa dia, aku nak react caner? 'Eh N, mana tudung kau?'  atau 'N, lawalah rambut baru, I loooiikee' 
Dan masa tu berlalu sampai aku masuk UPM dan dia di U... buat course yang agak glamer jugak pada aku. Course yang placing dia kat tempat yang kalau kau hanyut kau akan hanyut terus tak jumpa jalan pulang.

See, teruk aku punya judgement. Aku akan judge orang berdasarkan the way they talk, how they move their eyes when talking, their posts in facebook or other social media. All. Semua aku akan analyze dan aku akan diam, do nothing. Tapi hati berperang. That's bad.

Berbalik pada N. 
Pada aku, N dah jadi teruk. Dia free hair. Sebab aku punya pandangan teruk sangat sebab firstly, dia adalah orang yang bertudung dan dia jadi free hair with unknown reason. Sebab mak ayah dia pun kira orang terhormat jugak. Dan dia dapat Pangkat 1 dalam sijil darjah khas ! Darjah khas tu apa? Sila google. Maksudnya dia memang jelas gila gila pasal aurat.
Tapi memang betul, hidayah tu milik Allah. Boleh jadik orang yang paling 'alim ilmu agamamya, paling tekun ibadahnya boleh jadi paling derhaka pada agama. Apatah lagi kita manusia biasa-biasa.

N ni dah lama aku tak jumpa dia. Dan antara sebab aku menulis hari ini sebab aku terserempak dengan dia masa kat Masjid semalam. N, yang sekarang aku kenal adalah yang teruk dan NAMPAKNYA AKU SILAP MENILAI. 
Kalau dihitung semalam mungkin amalan dia yang Allah terima mungkin aku tak.
Mungkin semalam dia lebih khusyuk aku tidak.
Mungkin semalam dia lebih tawaduk berdoa, aku tidak.
Mungkin semalam dalam doa N terselit seribu kata taubat, aku tidak.
Mungkin semalam dia ada mendoakan kesejahteraan semua orang, aku tidak.

Aku sedih dengan diri sendiri yang cepat membuat penilaian tanpa benar-benar menimbang.

Dari Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah saw bersabda "Jika ada seseorang berkata, banyak orang (sekarang ini) sudah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri adalah orang yang paling rosak antara mereka" HR Muslim. 

Janganlah kita mencari lagi keburukan orang lain lagi memperkatakan tentangnya.
Kalau kita jahil dulu, tuntutlah ilmu.
Jika kita jahat dulu, cuba menjadi yang baik.
Jika kita dah baik, teruskan menjadi lebih baik.
Jika kita dah berusaha menjadi lebih baik, jangan rendahkan orang yang belum jadi baik.
Mana tahu, satu masa nanti dia yang membantu kita sama-sama ke syurga.

Sorry N. Aku yang perlu jadi baik.

Sebelum jadi cantik bak rama-rama, jangan kita cemuh mereka yang masih lagi buruk dalam kepompong.
Taken : Zoo Negara 

No comments: