20 September 2015

TUDUNG AIDIJUMA GIVEAWAY by ANIES

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html
Pernah tak korang berbangga ada orang yang kagum dengan hijab wanita Islam?
Saya !

Twice, saya pernah mengikuti program pertukaran pelajar ke luar negara. Ke Jepun dan Thailand. Arakian, kita tahu, penduduk negara tersebut bukanlah majoriti orang Islam dan jarang terdedah dengan budaya masyarakat Islam.

Maka saya boleh kata saya ke sana sebagai golongan minoriti,

"Eyy, what is this?" kata seorang kawan Jepun saya*pointing dekat tudung saya.
"Oh this is scarf to cover our body. And it is compulsory in Islam" kata saya
Bila tanya sama ada kita selesa atau tak. Yelah duk berbelit kat leher sepanjang hari kan. Saya katalah, hijab ni untuk melindungi. Rambut saya selamat  dari external factors hehehe.

Dah beberapa hari program di Jepun, mestilah tukar tudung tiap hari,kan? Ada pulak yang tanya "How many scarves do u have?"

"SOoooo many.... as many as your shirts and pants hehehe."
ooowwww.... "Teach me how u wear"
masa tu I feel like MasyaAllah. Golongan yang tak dipilih untuk dapat hidayah Allah ni (orang Jepun yang sangat ikut peraturan) katalah dia yang dipilih untuk dapat hidayah Subhanallah betapa mereka ni takkan jadik macam kita yang memandang agama secara sambil lewa.

Masa kat Thailand, ada jugak orang tanya saya pasal tudung ni yelahh Thailand Ya Rabbi panasnya. Masa tu pula bulan puasa. Mereka rasa kagum pada Islam dan pada orang Islam yang mampu menjalankan tanggungjawab.

Ada satu tika, waktu field trip di tengah terik matahari, kami masuk ke sebuah tempat yang wajib bukak topi, tetiba dia ni tarik tudung saya suruh bukak juga "We cannot wear caps here Safwah" katanya.

Saya terkejut gila oh.

Pastu tetiba dia teringat " oww oww oww...u must wear this. I am sorry I am sorry. It is very compulsory"

Masa tu Ya Allah, kau bagi aku dekat dengan golongan yang memahami. Betapa tudung  dan aurat adalah penting buat wanita muslim.

Saya rasa stigma mereka terhadap golongan berhijab berubah sedikit sebab saya join mereka buat sukan air yang ekstrem yang mana mereka anggap we cannot go into water with this thick and fully covered clothes. Macam2 dorang tanya saya. Saya rasa bersyukur dilahirkan sebagai Islam dan berada dalam kalangan yang memahami dan menghormati Islam.

Sekian
tradisional jepun di Kyoto 

delegates dinner di Osaka

delegates in Bangkok
p/s : walaupun ke luar negara, saya prefer tudung bawal. :)contest by anis :)

3 comments:

Khai♥Rin : anies said...

Terkesima sy skejap!!!!

Khai♥Rin : anies said...

Btw terima kasih byk2 sbb sudi join n support ga yg sy anjurkan... hrp sis tak berkecil hati... sy harus go thru 1 by 1 dan bc setiap penyertaan... yg da selesai bc n follow, br sy publish...semua ni utk memudahkn tugasan..tambah plak sy ni part time blogger... jgn risau... rezeki allah...kalau akn jd milik sis, pasti akn ada. Kipidap!

Terima kasih sekali lg..


Slm ukhuwah,
Anies ;)

Khai♥Rin : anies said...

Err... mn button follow? Sy nk follow ni...