09 March 2015

Hikmah

Apa ada pada satu tanggungjawab? Ianya rasa manis dan berhikmah jika kita sendiri merasa nikmat menjalankan tanggungjawab itu.

Hikmahnya termasuk bila kita mula belajar mempercayai orang lain serta lebih menghargai mereka yang berada di bawah kita. Sama-sama menjalankan amanah dan tugasan dengan penuh dedikasi. Kita belajar menghargai diri sendiri dan usaha-usaha sendiri serta menghormati masa orang lain.
Rasa tersinggung dengan kesibukan kuasa besar yang enggan berjumpa dengan kita dek kerana mesyuarat. Rasa lelah mendaki tangga untuk melihat kuasa besar ada atau tidak.

Rasa terbeban?
Bergantung pada niat saya ketika itu.
Bila rasa melakukan sesuatu atas dasar nama, saya rasa saya bahagia  menjadi manusia yang tidak ada dalam senarai ahli jawatan kuasa.
Bila rasa semua orang akan bahagia dengan hasil usaha saya, saya merasa gembira juga.
Rasa nak gigit golongan yang seperti sambil lewa juga ada. Banyak. Mix feeling. and i hate that. Sebab tak boleh pun gigit dia. Kalau tak dah lama telinga tu diputuskan tiga.

Menjadi pengarah projek bukan idaman saya, sekaligus haritu semasa berada di negara matahari terbit dan diceritakan saya diundi menjadi pengarah saya jadi marah !
Mula berangan menjadi bendahari dengan cara swap tugas secara slow talk. Namun bila sampai di fakulti atas dorongan sahabat sekelas sekalian, semuanya menjadi mudah. Eh, mudah ke? Gila. proposal pun belum siap lagi.

Semua aktiviti mengambil kira satu semester sebelum dijalankan untuk diselesaikan urusan proposal, pembentangan. Satu semester lagi untuk implementation dan proceed dengan gerak kerja. Tapi untuk ini, ianya sudah dikira terlambat. Kami lambat dimaklumkan oleh kuasa-kuasa besar di fakulti. Harap-harap sempat pffthh

Dan semoga usaha-usaha ini dipermudahkan Ya Rabb.
Saya belajar. Menjadi manusia.




No comments: