11 February 2014

Code Of Law in my 2cents

I am a Johorean and here, we got to have Channel 5. 

Ada pro dan kontadiksi dan ianya bergantung kepada penerimaan seseorang dan sebagai seorang pelajar, kita perlu bukan hanya disogok dengan drama cinta tiada pengakhiran dan cinta tiada galang ganti atau cinta yang diselingkuh. 

But what we have?
Berlambak drama melayu yang melalaikan anak muda, yang melalaikan saya secara sejujurnya. Apabila ada antara penerbit dan pengarah drama melemparkan kata tak puas hati dengan mutu perjalanan industri seni negara dan ada yang beranggapan, penonton perlu dididik sehingga kini saya masih kurang jelas bagaimana KAMI ini terdidik jika drama cinta kaulah segalanya dan cinta tiada luput dari ingatan ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Saya marah betul. Tak mahu didik kami ke? 

Tapi saya suka drama #CodeOfLaw
Sebuah drama rantaian perjalanan kehidupan peguam. Lebih kurang seperti Gerak Khas, tapi versi pandangan seorang peguam dengan kerjaya mencabar yang melibatkan hak dan keadilan. 
Terselit juga babak percintaan, namun, cinta siapa mampu menghalang, kan? 



Apa yang pasti, saya mahukan Malaysia mempunyai drama sebagus kualiti ini. Tidak klise dan tidak terlalu ekstrem. Betul, kita mahukan yang terbaik terutama dari segi rating dan penerimaan. 
Kita kurang nilai dalam kebanyakan drama. Melalut dan hanya cinta tanpa kerjaya, kalau berkisar kerjaya pula, dicanang melayu punya harta berjuta-juta mampu buat semua dan kaya-raya. Anak orang kaya pula, lelaki. Apa lagi perempuan seperti saya, terngiang kata-kata Tengku Adam Kamil yang dalam alam realitinya, hanyalah Keith Foo yang batang hidungnya pun tak pernah menyentuh deria mata.

Code of law ni ringkas, tak payah pening nak difahamkan, ianya drama yang terus dan PG. haha. 

No comments: