24 July 2012

abang?

Which then , of the favours of your Lord , will you deny ?
Salam alayk...salam ramadhan (",)

"Kenapa?" Ni dah siap pegang kunci kereta lagi.
"Nak pergi mana?"
"Keluar?" (-.-)
"Tu tanya ke jawab?"
"Jawab dan tanya."
"Huh?"
"Jawabnya keluar. Tanya tu like, 'kau tak faham-faham ke'?" Dia ketawa. Cis..asal pangkal ada abang atau akak, memang boleh buli adik ek?

Nilah abang. Dulu masa dia kecik-kecik, dia ada pergi audition Cili Padi. Tapi disqualified pasal dia minta watak yang dapat kat syafiq. Alasannya dia tak cukup saiz. Tu yang kecewa, terus tak mahu jadi pelakon.
"Kau kenal Anne Ngasri?"
"Huh, budak kecik tu?"
Angguk. "Tapi waktu tu kau tengok Cili Padi. Dia dah beranak sekarang."
Err..baru tahun bila entah tengok dia masih hingusan lagi.
"Yang kat tb tu siapa?"
"Yang kau tengok tu siaran ulangan la"
Ohh.. "Then, apasal pulak dengan dia.?"
"Hmm..kita orang hampir couple." Erk !
"What happened?"
"She married to someone else."
Ohh.. "So, find another girl la. C'mon, rama-rama bukan seekor. Bunga sejambak."

Bila dah berbulan berlalu, dia tanya pulak.
"Amani tu lawa tak?"
"Huh? Lawalah."
"Kalau dia jadi kakak ipar kau,mahu?" (-..-)
Geleng.  "Kenapa dia?"
"Sebab dia lawalah. Kau yang kata."
Tapi...
"Mommy tak nak abang kawan dengan Amani lagi."
"Kenapa?"
"Tengok ni..."
*gambar seksi*
"Tapi dia cunlah,mommy.."
"Aurat wanita ni, seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan : Dan janganlah mereka menampakkan perhiasan kecuali yang (biasa) nampak darinya [an-nur:31]"
"Tapi boleh bimbing,kan?"
"Larat ke abang nak bimbing. Bimbing diri pun susah."
Err..aku yang dengar ni,sentap kot.

Lepas tu, dah tak ada dengar dah kisah cinta dia dengan para artis lagi. Mungkin takut sergahan mommy.
Dan kerana itu aku lantas suggest nama kawan-kawan aku. Dari yang cun sampai yang cantik. Pilihan aku semua elok-elok.
"Ni..nama dia Hanun."
"Huh? Pelakon cerita apa?"
(-..-)
"Kenapa nak yang pelakon je?"
"Nanti kahwin takde orang taja."
(-..-)
"Mana gambar Hanun tu? Bagi aku tengok sikit."
"Nah.."
"Apa ni bagi handphone je."
"Adalah gambar dia."
"Yang ni ke?"
Angguk.
"Kau ni..Siapa laki ni? Kau nak suruh aku rampas awek orang ke?"
"Huh? Ni kawan dia kata. Tapi kalau awek pun, rampas je lah. Pesawat pun kena rampas."
"Tak naklah. Aku baik."

"Nabel nak?"
"La..pelakon sinetron?"
"choihh..She's my classmate ok."
Tengok. Dia buat muka selamba.
"Ni, awek siapa pulak?"
"Tulah..tak tahu. Tapi masalahnya, dia macam tak nak pulak."
"Dia tak kenal aku tu. Sebab tu dia tak nak." (-..-)

Tapi lepas tu dia diam jugaklah. Sampai satu hari :
"Diana Amir tu kawan Heliza ye?"
Errr.. "Entah. Tak tahu pulak."
Jambang dia dah dicukur ! Checked.
"Bila cukur?"
"Huh? Tu pun motif."
"Motiflah. Hari tu bela jambang sebab Shila suka Sharnaaz. Sharnaaz ada jambang,dia pun sibuk ikut."
"Haha..Dah takde jodoh la woi."
"Neelofa?"
"Tak nak lah. Semua orang dok kata dia pakai seksi. Nanti kena sound dengan mommy lagi."
(-..-)
"Dah tu sekarang on dengan Diana ke Heliza?"
"Both." (-.-)
"Tak gaduh ke nanti?"
"Haha..They are not the AnzalnaNeelofa."
Cis..abang, abang
"Kenapa nak diaorang?"
"Huh? Pilih isteri kena ikut faktor 1)Hartanya 2)Keturunannya 3)Kecantikannya  4) Agamanya."
Ohh.. "Mana kenal Heliza dengan Diana. I thought abang kenal Katy Perry je."
"Masa kenduri kahwin Irma."
Ohh.. "Dia jemput ke?"
"Haa? Taklah. Gambar fesbuk." (-..-)

Bila semua orang dah sibuk. Jarang dah dapat sembang pasal benda-benda ni. Sampailah satu tahap yang dah lama tak jumpa dia.
"Boleh tolong?"
"Huh?"
"Tolong tepi sikit. Nak duduk. Kita borak-borak macam dulu."
Ohh..pelik. "Okay."
"So, how's life?"
Pelik2x
"Care to know. So so lah. Nak masuk uni. Prepare baju. Borang."
"Settle dah ke?"
"Huh? Sikit lagilah."
"Nak abang tolong tak?" o.O
Angguk.
"Jom esok pergi bandar."
Angguk lagi.

"Why so sudden?"
"Apa dia?"
"Kenapa berubah?" Dia lihat diri dia dibalik cermin tamsilan kendiri.Err..
"Apa yang ubah.Yet,still your brother. Tak transform jadi Hans Isaac lagi."
(-..-)
"Takkk..memang nampak totally diferent though."
Abang senyum. Memang lain. Baju dah senonoh. Takat ni tak dengar dia panggil aku -'kau'.
"I'm trying hard."
"Huh?"
"Join usrah, dengar tazkirah , ikut gerabak dakwah. Bukan senang."
Aku dah terlopong. Terlopong luas-luas.
"Wow..."
"Hahaha..it is not a 'wow'. It is alhamdulillah.."
Erk..tulah.Dek keterujaan melampau. "Siapa guide? Ustaz?"
"Guide utama, Allah. Dia pandu hati kita. The old friend of mine is the taiko."
Aku angguk.

"Apa jadik kat girlfriends?"
"siapa?"
"Semualah...Nak sebut penat."
"Oh..dah break off."
(-..-)

Lantas, dia bercerita mengenai 'the old friend of mine' nya itu. Oh..aku kenal. Kenal gitu-gitu jelah.
"Orang kenal ! Dia memang hebat bab agama."
"Yes."
"Apa dia buat?"
"Tak ada apa. Random talks.Cuma tersentap lebih kot."
"Gitu je?"
"Hidayah Allah datang tak payah mimpi kena bakar api pun kan?"
Oh..betul tu !
"I insist everything, He grants anything. Takkan buat apa yang dia suruh tak boleh,kan?"
"Ya..Ya..ya.."
"Tapi lepas ni, kalau korang buat jahat, cari jalan sendiri. Kubur sendiri-sendiri,kan? Saham jangan share."
Errkk !! Biar betul dia ni?
"Hhahaha...just joking.Kita sama-samalah."
"Teruknya." (-..-)
"Hidup tanpa jenaka ibarat facebook tanpa friends, twitter tanpa followers.Haha :)"

"Dia memang ada talent nak ajak orang ke arah kebaikan."
Hmmm.. "It's not talent. It's desire."
"Desire?"
"Ha'ah..Desire to spread the love. To spread His love."


***
Siapa abang?
Boleh try google image lelaki kacak ?
Imiginasi tak perlu tinggi..Lintasan hati dah cukup,kan?
So..no offense. Harap fan club artis tu tak ban aku.Hehehe..

cc: wan amalina :)
Regards.

No comments: