23 February 2012

saya sayang je..tapi....hmmphh..

di mana dia anak kambing saya....

hujan turun rintik2. tapi cahaya matahari masih lagi terik..
dari tingkap bilik , si gadis (berbaju tidur masih) memandang keluar..
malam tadi ... dia rasa macam nak tamatkan nafasnya sahaja.. dia mengeluh lagi... nak mandi , tapi tak mandi2 jugak.anak dara sekarang perangai pelik..

arakian..malam semalam.
si gadis yg bernama suraya dan si jejaka yg hanya mahu dikenali sebagai amri sedang bertelefon.
sehingga larut malam mereka bergayut sampai beruk kat atas pokok pun tak larat nak bergayut sama lama macam mereka..

s: kalau nak diikutkan , sepatutnya u ada quiz kan besok?
a: ha'ah...kenapa? i dah pandai..tak payah belajar untuk quiz. soalan macam kacang goreng lah.
s: e'ehh...bangganya u. kalau dah pandai sangat, kenapa tak kerja terus. apasal nak study.?
suraya ketawa kecil.
a:eh , u..tak baca paper ke?
s: kenapa?
amri menarik nafas panjang.
a: kan sekarang banyak berlaku pengangguran.. kalau i yang muda remaja nak kerja. habis yang tua bangka tade duit nak kahwin tu macam mana? so, i bagi mereka peluang pekerjaan..setidaknya i tolong bina satu masjid.
terbeliak mata suraya mendengarnya.
s: u bina masjid???? so, u memang pandai kan? awww..
lama mereka terdiam.. satu saat..dua saat..tiga saat..4, 5, 6, 7,





tuttt...tuuutttt...
aik? mati dah...

dan sampai sekarang suraya tak tahu..apakah kesudahan kisah mereka berdua..
dia hanya mampu termenung. baru satu hari.. besok bagaimana? amri akan telefon dia sebagaimana selalu yang amri lakukan?



JAWAPANNYA :
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 TIDAKKKK !!!!!!
SEBAB amri atau pun suraya... cuma..cuma....cuma..





TIPU SEMATA....hehehehe..
###tade motif...###


hiasan ....
salam satu dunia untuk semua !!!!! bace bio ! study physics ... saya sayang awak berdua..tapi awak sayang saya tak???
kalau ye, meh sini COME TO MAMA !!

No comments: